Sunday 2 October 2011

Aktiviti Tahun Enam

26 September 2011

Salah satu kenangan terindah tercipta pada tarikh ini . PERTANDINGAN MEMBUAT & MENGHIAS SANDWICH telah diadakan untuk murid perempuan tahun enam . Mereka terdiri daripada sepuluh kumpulan dari kelas yang berbeza . Pertandingan ini diadakan di KANTIN SKSJ II . Pertandingan ini tetap dijalankan walaupun murid tahap satu sedang rehat sewaktu itu .



Para juri menilai dari segi rasa dan hiasan dari setiap kumpulan .

Dan ini keputusannya : -


Kumpulan TUKANG MASAK dari kelas 6 BESTARI telah menJUARAi pertandingan ini .


Kumpulan SOS TIRAM dari kelas 6 AKTIF selaku tempat KEDUA .


Kumpulan SUDU & GARFU juga dari kelas 6 AKTIF mendapat tempat KETIGA .


Kumpulan THE GIRL CHEF telah bergelar JUARA pada MULAnya . Namun , takdir telah menentukan mereka mendapat tempat KEEMPAT kemudiannya .






Kumpulan lain hanyalah mendapat tempat SAGUHATI .

Tahniah kepada PEMENANG TEMPAT PERTAMA , KEDUA , KETIGA & KEEMPAT .
Dan tahniah juga kepada kumpulan lain kerana telah menyertai pertandingan ini . 
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang anda berikan sewaktu pertandingan dijalankan . 
Tidak lupa kepada penganjur kita iaitu Puan Soliha .
Terima Kasih .

originally posted by: Anis Nabila Ansori From 6A

Sunday 25 September 2011

Perpustakaan Baru Selangor

Salam... Untuk entry yang pertama ini.. pss sksj ll ingin berkongsi maklumat tentang sebuah perpustakaan.. di Selangor.. secara tidak sengaja terjumpa maklumat berkaitan perpustakaan yang hebat ini semasa admin sedang membaca posting daripada Facebook ustaz zaharudin (zaharuddin.net).. berikut ialah posting beliau tentang perpustakaan ini.. :-

"Pada 11 Ogos 2011 yang lalu, saya ada meeting dengan pengurusan tertinggi Perpustakaan Selangor & kemudian di bawa tour ke seluruh library, (baru dibuka pada 22 Julai 2011) MashaAllah hebat, kos semua berharga termasuk interior sekitar adalah RM 70juta, bangunan 60juta dan interior 10juta. Berdasarkan saiz library jumlah itu amat murah berbanding kos biasa. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor. Website library yang baru ini adalah http://www.ppas.gov.my/. Alamatnya

Jalan Kelab Golf 13/6, Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Segera berziarah, bawa anak2. tema library ini adalah 'Perpustakaan, Rumah Keduaku'.


pandangan dari luar.. besar!


nampak macam mall yang hebat2..

ini pandangan dari tingkat bawah ni.. 

warna warni lagi.. kata ustaz zaharuddin.. "Permandangan dari atas, dengan barang interior berkualiti tapi harga yang murah. Pengarahnya Puan Mastura, hafal semua harga item2 kecil yang berada di dalam library ini. Setiap tingkat ada surau dan ada surau induk di tingkat bawah yang besar. Tak sempat ambil gambar

ruang pameran agaknya nih..

Feature wall library yang dihiasi gamabr dan buku yang dibahagi kepada Angkasa, Air, Bumi dan Tubuh manusia. Menarik.. -zaharuddin.net


menggunakan produk apple.. nama yang gah dalam dunia perkomputeran.. :)

salah satu bahagian buku kanak kanak..

free wifi.. leh cari maklumat untuk student yang dok dekat dekat perpustakaan nih...

leh main game nih.. wii

ruangan buku yang selesa canggih dan moden...

buku-buku agama.. tinggal nak baca dengan tak mau ja nih... :)

kaler maler.. tengok pun semangat nak baca nih.. 


kata ustaz zaharuddin.. ni ruangan :-
"Ruang kanak2, iaitu ruang berlatih menjadi pemberita, monitor kecil utk siaran teks, dan gambar akan terpapar di skrin belakang besar (tak kelihatan dalam gambar ini)"

leh berbloging atau berfacebook.. tapi orang mai perpustakaan untuk cari maklumat kan hehe..

ini seat untuk teater 6D, teater untuk 3D pun disediakan...

bahagian kanak-kanak.. mengikut ustz zaharuddin.. di kawasan ini kanak-kanak bebas untuk beraktiviti dan boleh bising.. yer la.. aktiviti apa je kalau tak boleh bising ye tak.. mesra kanak-kanak la kiranya kawasan ni..

 permainan canggih..

Selepas mereka memberi taklimat kepada kami, kami diberi peluang menikmati roller coaster 6D. Memang hebat..orang sakit jantung serius, tak digalakkan. hanya percuma pada bulan ramadhan, selepas Ramadhan, RM 10 seorang. Perjalanan 6D ini ambil masa sekitar 5 minit. -zaharuddin.net


bersenam pun boleh kat sini..


ini kawasan orang dewasa membaca.. santai.. :)

 lawa tempat duduk..


Kerusi ini dibeli dari China, harga satu RM900 shj. Hebat dan sangat empuk, full leather. Kalau harga pasaran, mungkin mencecah RM2000 sebuah. -zaharuddin.net

 leh tengok lake..

leh duduk sini kalau nak menikmati pemandangan alam ciptaan ilahi.. :)

boleh sewa kalau nak.. 

kawasan kanak-kanak...

Bahagian khas kanak-kanak (org dewasa pun boleh), dibenarkan anak2 bising dan bebas beraktiviti. Kelihatan bongsu anak saya sedang berlari di bawah pokok buatan. Gembira bukan main dia..duduk 2 jam lebih bagai tak terasa dan tak meragam -zaharuddin.net

amboi.. sakan depa main.. selalu masuk perpustakaan tak boleh bising hehe..

urm.. hebat perpustakaan nih..ada masa mesti pergi...

Tuesday 13 September 2011

Minggu Peperiksaan UPSR

PSS SKSJ2 akan bercuti selama 3 hari bersempana murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2011, bermula dari 13 hingga 15 September 2011... Di kesempatan ini juga PSS SKSJ2 mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR.

  
Dengan harapan semoga murid tahun 6 SKSJ2 akan mengangkat nama sekolah dengan kejayaan yang cemerlang... gemilang... terbilang...