SEJARAH PSS


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SKSJ II

       Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sebrang Jaya II (SKSJ II) ditubuhkan pada tahun  1999.  Pada mulanya ianya terletak di dalam tiga buah bilik darjah di Blok B tingkat 1.  Koleksinya agak terhad iaitu hanya media cetak sahaja.  Buku-buku keseluruhannya dibeli dengan menggunakan peruntukan perpustakaan yang telah disediakan.  Sambutan dan penggunaan para pelajar begitu memberangsangkan.  Perpustakaan juga dihias cantik dan menarik.

Selepas bangunan sekolah ditambah, perpustakaan telah dipindahkan ke Blok D, tingkat 3 bangunan baru.  Memandangkan berlaku perpindahan ini, buku-buku dan mkoleksi perpustakaan terpaksa disusun semula.  Ia mengambil masa yang lama untuk kembali seperti biasa.  Alhamdulillah, sekarang ini perpustakaan kembali ceria dan cantik seperti dulu.  Koleksi perpustakaan juga semakin banyak dan tidak terhad kepada bahan media cetak sahaja.

Sekarang ini Pusat Sumber Sekolah mempunyai empat unit iaitu Unit Perpustakaan, Unit Alat Bantu Mengajar, Unit Audio Visual dan Unit NILAM.  Pelbagai aktiviti dan promosi diadakan untuk menarik minat murid ke Pusat Sumber Sekolah.

Walaupun perpustakaan berada di tingkat atas namun ia masih berjaya menarik minat murid untuk datang membaca dan meminjam buku.  Harapan semua guru, murid dan warga SKSJ II semoga  Pusat Sumber Sekolah membentuk masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.