26 September 2011
Salah satu kenangan terindah tercipta pada tarikh ini . PERTANDINGAN MEMBUAT & MENGHIAS SANDWICH telah diadakan untuk murid perempuan tahun enam . Mereka terdiri daripada sepuluh kumpulan dari kelas yang berbeza . Pertandingan ini diadakan di KANTIN SKSJ II . Pertandingan ini tetap dijalankan walaupun murid tahap satu sedang rehat sewaktu itu .
Para juri menilai dari segi rasa dan hiasan dari setiap kumpulan .
Dan ini keputusannya : -
Kumpulan TUKANG MASAK dari kelas 6 BESTARI telah menJUARAi pertandingan ini .
Kumpulan SOS TIRAM dari kelas 6 AKTIF selaku tempat KEDUA .
Kumpulan SUDU & GARFU juga dari kelas 6 AKTIF mendapat tempat KETIGA .
Kumpulan THE GIRL CHEF telah bergelar JUARA pada MULAnya . Namun , takdir telah menentukan mereka mendapat tempat KEEMPAT kemudiannya .
Kumpulan lain hanyalah mendapat tempat SAGUHATI .
Tahniah kepada PEMENANG TEMPAT PERTAMA , KEDUA , KETIGA & KEEMPAT .
Dan tahniah juga kepada kumpulan lain kerana telah menyertai pertandingan ini .
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang anda berikan sewaktu pertandingan dijalankan .
Tidak lupa kepada penganjur kita iaitu Puan Soliha .
Terima Kasih .
originally posted by: Anis Nabila Ansori From 6A
originally posted by: Anis Nabila Ansori From 6A