Sunday 12 August 2012

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum..

     Pada 10 Ogos 2012 yang lalu, SKSJ ll telah mengadaan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun ini. Sebagaimana diketahui umum, Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

     Merdeka daripada penjajahan dan penindasan.

             Merdeka daripada dikawal oleh kuasa asing.

                  Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain.

                         Merdeka daripada mengikut Syaitan dan bisikanya.

                                Merdeka daripada dikuasai hawa nafsu sendiri..

 ........Antara tafsiran MERDEKA yang agak popular........

     Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah

“berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Saad..

      Diaminkan oleh semua guru dan pelajar dari SKSJ ll...
 

Pengerusi Majlis tetap dan berpencen merangkap Tuan Pengerusi Badan Kebajikan Guru 2012, Yang berbahagia Cikgu Amlee Bin Kamaruddin..


Ucapan khas daripada Tuan Guru Besar SKSJ ll,
Tuan Haji Mohamad Sariff Bin Ahmad tentang Kemerdekaan..


Majlis diterusan dengan persembahan pertama... bacaaan sajak daripada Hafiz Nordin dan anak Cikgu Ayob Bin Osman.. Aina Zakirah..

bertajuk "Riang ria Merdeka"...


Persembahan kedua.. Tarian Satu Malaysia.. eh! sapa kata tak posa.. budak budak ni posa.. tapi demi semngat patriotik.. semangat.. :-)











di latih oleh geng praktikum sksjll Julai/Ogos 2012




kemudian, majlis diteruskan dengan simbolik perasmian oleh orang2 kuat pihak pentadbir SKSJ ll
 siap ada letup letupan tuh tebabooommm!!!  :-)

akhir sekali.. macam biasa.. nyanyian lagu patriotik dari warga SKSJ ll , dengan harapan supaya kecintaan kepada negara dapat di semai..



sesekali wat majlis nyanyi2 camni baru la hilang headache stress sikit kata
Mr Ch'ng Boo Yam PK KOKU SKSJ ll.. maybe itu la bisikan hatinya..

Layan video lak.. boleh nyanyi sekali..

guru pra sekolah yang amat bersemangat.. terutama cikgu Norhasra Mohamad







akhir sekali.. diharapkan agar majlis ini dapat meningkatkan semangat patriotik kepada murid dan juga kepada guru2 SKSJ ll agar segala tindak tanduk kita pada masa hadapan selaras dengan kehendak yang dituntut dalam mempertahankan negara dan patuh pula kepada kehendak agama dalam bab mencintai tanah air..


credit gambar n video kepada Cikgu Noorziah Ahmad